Jika laporan media betul bahawa kerajaan PN telah bersetuju untuk sekali…

By Monday January 11th, 2021 No Comments

Jika laporan media betul bahawa kerajaan PN telah bersetuju untuk sekali lagi menghadap YDPA untuk meminta darurat dengan alasan mahu melawan Covid maka saya percaya keputusan ini adalah berasaskan politik dan bukan untuk melawan Covid.

Sebab kita maklum bahawa PKP pertama bulan Mac-April dulu adalah amat tegas termasuk mengarahkan anggota tentera untuk mengawal keadaan.

Apa lagi yang tak cukup untuk lawan Covid masa PKP pertama itu?

Seperti dibuktikan pada PKP pertama tahun lepas, undang-undang Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sudah cukup kuat untuk segala kerja mengawal Covid tanpa pengisytiharan darurat dan menggantungkan Parlimen.

Jika ianya benar bahawa permintaan darurat dibuat sekali lagi maka lagi ramai Rakyat yang akan membina persepsi bahawa kerajaan hari hanya sekadar mahu mengekalkan kuasa politik mereka dan bukan atas kepentingan Rakyat.

Ramai juga yang akan membina persepsi bahawa kerajaan PN melonggarkan hampir semua SOP termasuk menarik balik sekatan rentas negeri untuk sengaja menggadaikan kesihatan dan nyaawa rakyat dengan membiarkan keadaan Covid menjadi teruk agar mereka ada peluang untuk meminta darurat sekali lagi setelah permintaan darurat pertama mereka telah gagal pada bulan Oktober lalu.

Sebab itu, sekadar PKP 2.0 sudah memadai jika mahu dilaksanakan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157613585460952/

Leave a Reply