Jika kerajaan PN tak gunakan propaganda lapuk hutang 1MDB membebankan…

By Sunday May 2nd, 2021 No Comments

Jika kerajaan PN tak gunakan propaganda lapuk hutang 1MDB membebankan seperti sering digunakan Guan Eng sebagai alasan “terpaksa” korek Tabung KWAN, saya tak kacau.

Tetapi setelah kamu gunakan alasan itu, selain bertanya mana perginya dana RM33.4b yang telah diterima akibat pemulangan dan penyelesaian 1MDB, saya juga nak tanya:

Mana perginya rizab tunai RM171b Petronas dinaikkan dari RM30b oleh BN masa saya jaga Petronas dan ditinggalkan kita pada masa PRU14?

Sejak kerajaan PN ambil kuasa, Petronas terpaksa pinjam RM24.7 bilion, jual saham MISC dan KLCC untuk RM3.04b, pinjam lagi RM12.4 bilion untuk membiayai bayaran dividen RM34b kepada kerajaan setelah Petronas rugi RM21b tahun lepas.

Adakah ini juga tak membebankan Petronas?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157862453195952/

Leave a Reply