Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jika denda cukai RM1.74 bilion tak lepas minggu lepas untuk mufliskan saya... - Najib Razak

Jika denda cukai RM1.74 bilion tak lepas minggu lepas untuk mufliskan saya…

By Monday May 10th, 2021 No Comments

Jika denda cukai RM1.74 bilion tak lepas minggu lepas untuk mufliskan saya sebab mahamah tolak, boleh cuba RM97 bilion.

Hari ini, kerajaan PN tugaskan peguam peribadi PM8 untuk kenakan saman sivil ke atas saya dan 21 pihak lain untuk tuntut gantirugi RM97 bilion.

Saya rasa fokus kerajaan PN masa ini adalah untuk mufliskan dan susahkan Najib.

Suruh dorang jaga keadaan Covid, itu lain cerita.

Darurat bukan untuk memerangi Covid tapi untuk memerangi Najib kot.

Kes hari ini adalah saman sivil. Bukan kes jenayah.

Kalah saman sivil pun tak masuk jail tapi kena bayar gantirugi.

Tapi saya pelik bagaimana mereka mahu saya bayar RM97 bilion sekiranya mereka berjaya mufliskan saya pun dengan denda cukai amat tak masuk akal RM1.74 bilion.

Dah muflis masih perlu bayar lagi ke?

Jadi, kenapa pula masih nak tambah kes saman terhadap saya jika tiada hasilnya?

Namun, kos guaman untuk kes kerajaan tidak perlu dibayar oleh ahli-ahli politik yang berdendam.

Mereka boleh kenakan seberapa kes yang mereka mahu terhadap seteru mereka sebab kos guaman ditanggung kerajaan – bukan mereka.

Tak apa, saya masih banyak masa lapang untuk hadapi satu lagi kes mahkamah.

Saya cuma ada kes-kes ini:
1. Kes SRC
2. Kes 1MDB Tanore
3. Kes laporan audit 1MDB
4. Kes IPIC
5. Kes lucut hak harta
6. Kes LHDN

Lagi pelik ialah kerajaan mahu 22 pihak bayar gantirugi tapi hanya Najib seorang yang dikenakan kes jenayah pulak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157880532605952/

Leave a Reply