Jika benar bahawa PM8 akan umum PKP 2.0 bersasar yang amat ketat selama dua…

By Sunday January 10th, 2021 No Comments

Jika benar bahawa PM8 akan umum PKP 2.0 bersasar yang amat ketat selama dua minggu bermula 12 Januari untuk 5 negeri dan 3 wilayah seperti dilapor media, maka tempoh PKP ini akan berakhir pada 25 Januari.

Tapi sesi sekolah tahun 2021 diumum bermula pada 20 Januari 2021.

Ini bermakna murid-murid sekolah hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 26 Januari iaitu selepas PKP 2.0 fasa pertama berakhir pada hari sebelumnya.

Jika PKP 2.0 tidak dilanjutkan maka pelajar boleh menghadiri 11 hari sekolah berturut-turut sebelum cuti tahun baru bermula.

Sebaliknya, jika PKP 2.0 dijanjutkan dua minggu lagi sehingga 8 Februari maka murid-murid hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 9 Februari dan 10 Februari sahaja sebelum sekolah direhat sekali lagi untuk cuti Tahun Baru Cina.

Jika demikian, adakah ianya wajar untuk sesi sekolah bagi negeri-negeri dalam zon merah yang bakal dilaksanakan PKP untuk terus bermula pada 20 Januari?

Ataupun ianya lebih praktikal sekolah dijadualkan semula untuk hanya bermula selepas cuti Tahun Baru Cina?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157611506585952/

Leave a Reply