Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jika ahli perniagaan luar negara tidak dibenar melawat ke Malaysia, mereka... - Najib Razak

Jika ahli perniagaan luar negara tidak dibenar melawat ke Malaysia, mereka…

By Saturday December 12th, 2020 No Comments

Jika ahli perniagaan luar negara tidak dibenar melawat ke Malaysia, mereka tidak akan melabur atau berniaga dengan kita.

Dan jika tiada pelaburan asing dan peluang baru perdagangan antarabangsa terputus, maka ini akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan jumlah pekerjaan baru di Malaysia pada tahun-tahun mendatang.

Negara jiran Singapura faham kepentingan ini dan telah membenarkan pelawat dari negara Taiwan, Brunei, Australia, New Zealand, China dan Vietnam meminta pas khas untuk masuk ke negara mereka tanpa kuarantin.

Pelawat dari negara tersebut ke Singapura cuma perlu install app seperti MySejahtera serta menjalani ujian Covid sebelum bertolak.

Pada masa yang sama, beberapa negara juga sudah mula memberi vaksin kepada warga mereka.

Sebab itu saya sekali lagi seru kerajaan untuk memberi kelonggaran yang sama kepada ahli perniagaan yang sudah ditapis kerajaan atau sudah diberi vaksin dari negara-negara berikut:

1. Singapura – tiada kes penularan tempatan semalam
2. China – 6 kes penularan tempatan
3. Taiwan – tiada kes penularan tempatan sejak 200 hari lalu
4. Brunei – tiada kes penularan tempatan semalam
5. Australia – tiada penularan tempatan
6. New Zealand -tiada penularan tempatan
7. Vietnam – 6 kes penularan tempatan
8. Thailand -tiada penularan tempatan

Jumlah terkumpul kes batu Covid penularan tempatan semalam bagi 8 buah negara tersebut cuma 6 kes berbanding antara 1,800 hingga 2,200 kes di Malaysia.

Sebenarnya pelawat negara-negara itu lagi takut untuk datang ke Malaysia berbanding kebimbangan kita bahawa mereka akan bawa virus masuk.

Pelawat negara-negara itu mungkin diperlukan untuk menjalani kuarantin setelah mereka pulang ke negara masing-masing tapi sekurang-kurangnya mereka tidak akan perlu menjalani dua kali kuarantin jika negara kita tidak lagi suruh mereka menjalani kuarantin mandatori 14 hari di sini.

Logiknya begini:

Negara kita sudah longgarkan segala larangan rentas negeri pada ketika beberapa negeri masa mencatat ratusan kes baru setiap hari.

Jadi, kenapa kita masih mahu sekat ahli perniagaan atau pelawat (termasuk mereka yang telah diberi vaksin) dari negara yang tidak mencatat sebarang kes penularan tempatan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157549016970952/

Leave a Reply