Jika ada aktiviti ekonomi yang membawa kesan kepada rakyat, perlu diberi…

By Wednesday August 26th, 2020 No Comments

Jika ada aktiviti ekonomi yang membawa kesan kepada rakyat, perlu diberi perhatian dan dicari penyelesaian segera.

Saya berasa simpati terhadap perkampungan dan kehidupan nelayan yang terjejas.

Sudah tentu, saya tidak setuju sekiranya ada aktiviti melombong pasir yang tidak terkawal atau melanggar syarat.

Sebentar tadi, saya dimaklumkan pihak berkuasa mengenai keadaannya.

Berdasarkan siasatan awal, aktiviti di sini dijalankan secara terkawal dan mengikut garis panduan sedia ada.

Namun demikian, saya dan kerajaan negeri memandang serius perkara ini sekiranya benar-benar membawa kesan terhadap kehidupan nelayan dan perkampungan seperti dilaporkan media.

Pemantauan rapi akan dijalankan dan dikuatkuasakan, dengan tindakan dan jika wajar, bantuan susulan perlu ada bagi memastikan kebajikan dan kehidupan harian rakyat terpelihara.

Insya-Allah, kita selesaikan bersama.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157312191020952/

Leave a Reply