Jawatan Kuasa khas kerajaan PN telah putuskan bahawa satu persidangan khas…

By Friday June 25th, 2021 No Comments

Jawatan Kuasa khas kerajaan PN telah putuskan bahawa satu persidangan khas parlimen akan diadakan pada awal bulan Ogos supaya ahli-ahli parlimen datang secara fizikal untuk luluskan pindaan-pindaan tertentu supaya kita tidak perlu datang secara fizikal pada bulan September apabila parlimen benar-benar bersidang.

Sebenarnya tak perlu pun jika matlamat utama sidang khas tersebut ialah untuk ahli-ahli parlimen luluskan pindaan-pindaan itu.

Boleh gunakan kuasa darurat untuk letak segala pindaan yang diperlukan dalam satu Ordinan Darurat.

Lalu parlimen hibrid boleh bersidang pada awal bulan Ogos – bukan bulan September.

Tapi, saya pelik kenapa Dewan-dewan undangan negeri boleh pulak bersidang secara fizikal tetapi parlimen diperlukan untuk bersidang secara hibrid supaya lebih selamat.

Adakah nyawa ADUN tidak sama penting dengan nyawa ahli parlimen?

Ataupun ADUN lebih berani berbanding ahli parlimen?

Tak kira perlu notis 14 hari atau 28 hari, bulan Ogos atau September, soalan paling asas ialah adakah notis untuk parlimen bersidang semula sudah dihantar seperti dititah Raja-Raja pemerintah?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157973477225952/

Leave a Reply