Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jangan kaitkan kerajaan gagal dengan kerajaan Melayu-Islam. Melayu-Islam... - Najib Razak

Jangan kaitkan kerajaan gagal dengan kerajaan Melayu-Islam. Melayu-Islam…

By Tuesday May 11th, 2021 No Comments

Jangan kaitkan kerajaan gagal dengan kerajaan Melayu-Islam.

Melayu-Islam tak gagal. Jangan kaitkan.

Dalam kerajaan hari ini ada parti Melayu PPBM, PAS dan UMNO.

Hanya UMNO sahaja yang tidak pernah pakat dengan DAP/PKR. Yang lain pernah pegang tangan dan berpeluk-peluk dengan DAP/PKR.

Sebab itu, jangan kaitkan mereka yang kritik kegagalan kerajaan sebagai mereka yang mahu pakat dengan DAP atau PKR.

Kita beri pelbagai cadangan berdasarkan fakta, sains, pengetahuan dan pengalaman apabila kita lihat kerajaan membuat kesilapan demi kesilapan jelas.

Kita kritik kerajaan sebab Rakyat sudah berkali-kali tertipu dan susah tanpa penghujungnya.

Yang patut dikritik pula ialah mereka yang tak lihat kesusahan Rakyat sebab mereka seronok pegang jawatan dan projek tapi masih mahu kecam pulak kita yang kritik, beri saranan berasas dan memperjuangkan nasib Rakyat.

Disuruh diam atau dituduh syiok sendiri pula.

Padahal yang sedang syiok dengan kuasa dan jawatan adalah korang.

Jika korang mahu kuasa penuh Darurat sehingga Malaysia jadi satu-satunya negara dalam dunia yang larangkan parlimen bersidang dengan alasan mahu lawan Covid. maksudnya korang juga perlu pikul tanggungjawab penuh apabila gagal.

Tak adil ke macam ini?

Ini faktanya. Cuba nafi. Kita tak fitnah sesiapa.

1) Dengan kuasa penuh darurat dan PKP 2.0, kerajaan unjur kes jatuh ke dua angka menjelang Mei supaya Rakyat boleh balik kampung masa raya.

Yang dapat pula ialah PKP separuh masak sehingga kes cecah 4,000 sehari, tiada balik kampung, tiada rentas daerah, solat Aidilfitri dihadkan di Masjid/Surau dan tiada lawatan hari raya.

Tidak pernah ada larangan melawat rumah ke rumah masa perayaan pada Tahun Baru Cina 2020, makan besar tahun Tahun Baru Cina 2021, Hari Raya 2020, Deepavali 2020 dan Krismas 2021.

Cuma ada larangan untuk Hari Raya 2021 sehingga nak lawat jiran sebelah rumah pun dah dilarang setelah persediaan penuh Raya sudah dibelanja setelah termakan jaminan kerajaan bahawa tiada lagi PKP walaupun sudah dilaksanakan Darurat selama 4 bulan untuk kononnya melawan Covid.

2) PKP 3.0 seluruh negara terpaksa dilaksana hanya 2 bulan selepas PKP 2.0 berakhir walaupun terdapat dua kali jaminan pada bulan Mac dan April bahawa tiada lagi PKP menyeluruh setelah diberi kuasa penuh darurat.

Kerajaan terpaksa dua kali capatikan janji sendiri dalam tempoh masa dua bulan itu masih tak kira gagal ke?

Biarpun 4 bulan dengan kuasa penuh darurat, Malaysia menjadi negara paling terkesan Covid antara semua negara ASEAN dari segi jumlah penduduk sehingga kerajaan sendiri mengaku katil ICU sudah cecah kapasiti dan keadaan menjadi kritikal.

3) PKP 3.0 sudah dilaksanakan tapi kerajaan masih tak berani buat lagi perutusan khas untuk memberi bantuan kepada Rakyat terjejas walaupun dah pinjam dan jual aset lebih RM90 bilion sejak darurat bermula.

Pendapatan Rakyat berkurang lagi, bantuan masih tidak kelihatan, moratorium juga tak ada manakala inflasi cecah 7%.

4) Kata juga bahawa darurat untuk selamatkan ekonomi tetapi KDNK negara masih negatif pada suku 1 tahun 2021 walaupun negara-negara lain seperti USA, China, Singapura, Taiwan, Korea Selatan semua catat pertumbuhan ekonomi positif.

Walaupun masih negatif, ekonomi tidak menjadi jauh lagi teruk pada suku pertama sebab i-Sinar dan i-Lestari yang dikatakan Najib susahkan kerajaan atau beri syarat Puteri Gunung Ledang telah naikkan perbelanjaan bolehguna rakyat.

Inipun masih tak mahu mengaku gagal?

Kalau tetap tak mahu percaya, cuba buka parlimen seperti dititah YDP Agong dan tengok sendiri sama ada kerajaan gagal ke tidak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157882454005952/

Leave a Reply