Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jangan dibuai proses pemilihan UMNO: Najib - Najib Razak
News_archive

Jangan dibuai proses pemilihan UMNO: Najib

By Saturday October 11th, 2008 No Comments

KUALA NERANG 10 Okt. Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak dibuai dengan proses pemilihan dalam parti sehingga melupakan matlamat perjuangan iaitu untuk membela rakyat.

Timbalan Presiden UMNO berkata, proses pemilihan semua peringkat dalam UMNO hanya satu perjalanan untuk menentukan sesuatu jawatan dan bukannya penghujung kepada perjuangan semua ahli.

“Selepas kita duduk di sesuatu jawatan, kerja sebenar kita bermula yakni kita mesti membela, memperjuangkan untung nasib rakyat supaya mereka sayang dan kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional.

“Saya nak ingatkan itu sahaja, jangan kita terbuai-buai dengan prosesnya,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri dan Pemimpin Bersama Rakyat di kediaman Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang disertai oleh ribuan rakyat itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mat Isa Sabu; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli-ahli UMNO perlu sentiasa mengingatkan diri mereka mengenai matlamat perjuangan parti iaitu membela nasib rakyat kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, tiada yang lebih besar selain suara rakyat.

Suara rakyat ialah suara keramat. Sekiranya kita mahu UMNO sebagai parti yang berkuasa maka kita mesti mengutamakan kepentingan rakyat. Kita mesti dengar suara rakyat dan bertindak berdasarkan kepada kehendak dan aspirasi rakyat, katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan ikhlas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi laluan kepadanya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO sebagai satu proses perubahan generasi dalam parti itu.

Katanya, kesuburan demokrasi dalam UMNO adalah berkait juga dengan kejayaan menampilkan perubahan generasinya.

Sekarang ini kita lihat perubahan generasi. Perubahan ini bukan bermaksud yang lama tidak penting tetapi sudah sampai masanya peralihan berlaku.

Peralihan yang berlaku mengikut peredaran zaman ini adalah satu perjalanan dalam parti yang tidak dapat dielakkan,ujarnya.

Source : Utusan Malaysia

Leave a Reply