Jangan buang masa, kerajaan PN. Sebab kita akan tuntut perkara-perkara yang…

By Wednesday June 16th, 2021 No Comments

Jangan buang masa, kerajaan PN.

Sebab kita akan tuntut perkara-perkara yang sama apabila parlimen sambung bersidang di mana ordinan darurat akan dibahas.

Laksanakan dengan segera sebab negeri-negeri seperti Kelantan dan Kedah sudah bawah PKP 3.0 sejak bulan April manakala PKP seluruh negara sudah berjalan lebih sebulan dari 12 Mei.

Ramai yang tak mampu tunggu lagi.

1) Moratorium pinjaman automatik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40.

4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik.

Kasi ON sekarang juga.

Jangan tunggu sampai Rakyat jadi Rangka.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157955445610952/

Leave a Reply