Jahatnya media Singapura. Saya rasa mereka dah fitnah Guan Eng. Mana…

By Monday August 17th, 2020 No Comments

Jahatnya media Singapura.

Saya rasa mereka dah fitnah Guan Eng.

Mana mungkin Guan Eng jaga kroni sedangkan dia henti berucap masa Azan?

Media Singapura melaporkan bahawa sebuah syarikat hartanah bernama Ideal Property, yang bossnya mempunyai hubungan rapat dengan barisan pemimpin DAP termasuk Guan Eng, juga sedang disiasat SPRM.

“Ideal Property’s major shareholder Alex Ooi Kee Liang is a businessman who enjoys close relations with top party leadership, including secretary-general Lim Guan Eng, who was the finance minister during the two-year reign of the Pakatan Harapan (PH) coalition government. The firm did not respond to a request for comment.”
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/probe-into-penang-tunnel-project-may-spell-trouble-for-dap-leaders

Tak mungkin DAP jaga kroni kerana mereka suci.

Namun pada 13th Februari 2020 iaitu sebelum Gagalkrasi PH tumbang, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umumkan bahawa syarikat SRS Consortium telah dipilih untuk melaksanakan projek PTMP bernilai RM46 bilion termasuk pembinaan lebuhraya PIL 19.5km yang kosnya mahal giler pada RM7.5 bilion (atau RM385 juta setiap kilometer).

SRS Consortium pula adalah konsortium yang dimiliki Gamuda Berhad (60%), Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd (20%), dan Ideal Property Development Sdn Bhd (20%).

“SRS Consortium is a 60:20:20 joint venture among Gamuda, Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd, and Ideal Property Development Sdn Bhd.”
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/02/565252/construction-works-ptmp-components-begin-year

Eh… Ideal Property yang media Singapura kata bossnya mempunyai hubungan rapat dengan barisan pemimpin DAP termasuk Guan Eng?

Mungkin satu kebetulan kot.

20% itu bernilai sebanyak RM9.2 bilion, tahu?

Tak mungkin DAP akan jaga kroni dengan memberi kepentingan 20% projek sebesar RM46 bilion kepada kawan.

RAYkat tidak akan percaya!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157292249075952/

Leave a Reply