Jabatan Perangkaan Malaysia telah keluarkan laporan akhir bagi data…

By Friday June 18th, 2021 No Comments

Jabatan Perangkaan Malaysia telah keluarkan laporan akhir bagi data pelaburan asing bagi tahun 2020.

Pelaburan asing jatuh teruk pada tahun lepas – iaitu kadar kejatuhan paling tinggi di ASEAN dan secara mutlak, Malaysia menerima pelaburan asing paling rendah antara negara-negara jiran kita.

DOSM juga mengeluarkan statistik bagi pelaburan asing bagi tempoh 20 tahun lepas.

Pelaburan asing pada 3 tahun selepas PRU14 adalah jauh di bawah masa BN termasuk tahun 2018 dan 2019 tanpa pandemik.

Graf itu secara jelas menunjukkan pelaburan asing pada tempoh masa saya PM adalah paling tinggi dalam sejarah dan jauh melebihi masa PM4 – kecuali bagi tahun 2009 di mana pelaburan asing amatlah teruk.

Ketika saya dilantik PM pada April 2009, negara dan dunia dilanda krisis ekonomi global yang amat teruk.

Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Citibank, Ford, AIA dan sebagainya hampir muflis sebelum diselamatkan oleh kerajaan mereka.

Di Malaysia pula, kita mulakan Pelan Transformasi Negara dan kita melancarkan pakej rangsangan yang amat berjaya sehingga majoriti Rakyat tak rasa pun negara sebenarnya dalam krisis masa itu walaupun ianya adalah berkali ganda besar berbanding krisis tahun 1997 sebab keutamaan kita ialah lindungi Rakyat dan tidak mahu Rakyat terkesan.

(Begitu juga dengan krisis minyak global dunia pada tahun 2014-2016 di mana kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% telah memberi kesan sangat besar pada hasil kerajaan dan negara)

Dengan Pelan yang bukan “pelahan-pelahan”, kita bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan antarabangsa dan menarik pelaburan asing dari seluruh dunia.

Akhirnya kita berjaya juga.

Data dan sains tak tipu.

Tapi ramai Rakyat telah tertipu masa itu oleh pemimpin-pemimpin PH termasuk sebilangan yang sudah lompat ke kerajaan PN yang pernah tuduh Malaysia muflis dan jahanam bawah kerajaan BN masa Najib PM.

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=322&bul_id=WjJ6NU94Z3haUHEzcUxMaEdVbVVBQT09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157959032610952/

Leave a Reply