“Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, ia…

By Monday March 29th, 2021 No Comments

“Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, ia menemui “bukti kukuh” sesetengah produk Top Glove Corp Bhd dihasil menggunakan buruh paksa, banduan atau terikat.

Dalam notis yang dikeluarkan hari ini menerui Daftar Persekutuan AS memaklumkan CBP, dengan kelulusan setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, memutuskan “sarung tangan pakai buang yang dihasilkan atau diperbuat di Malaysia oleh Top Glove Corporation Bhd dengan penggunaan buruh banduan, paksa atau terikat, serta mungkin diimport ke Amerika Syarikat”.

Katanya, ia kini merampas semua sarung tangan yang memasuki AS atau yang mungkin dieksport ke negara itu pada masa depan.”

“29 Mac 2021: AS ‘temui’ bukti buruh paksa Top Glove, produk disekat”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/29/as-temui-bukti-buruh-paksa-top-glove-produk-disekat/

Arahan ini berat sebab nilai hasil syarikat Top Glove yang merupakan pengeluar sarung tangan terbesar dunia adalah sekitar RM20 bilion setahun pada ketika ini.

Bahayanya ialah negara-negara lain dalam dunia yang bersekutu dengan Amerika Syarikat turut akan sekat pengeluaran dari syarikat Top Glove.

Sebelum tahun 2019, negara Amerika Syarikat jarang sekat produk-produk dari Malaysia.

Sejak itu, produk dari syarikat Sime Darby, FGV dan Top Glove telah disekat dari diekspot ke negara tersebut.

https://www.govinfo.gov/content/pkg/FR-2021-03-29/pdf/2021-06393.pdf



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157794493595952/

Leave a Reply