Press Statement

Isu Penggunaan Kalimah Allah

By Wednesday January 6th, 2010 No Comments
1.     YAB. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang dilakukan pada setiap pagi Rabu sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri.
2.     Perdana Menteri antara lain telah memaklumkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong tentang isu penggunaan kalimah Allah dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada perkara ini.
3.     Memandangkan perkara ini telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar semua pihak menghormati proses undang-undang negara. Kerajaan telah pun membuat rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
4.     Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam.
5.     DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, dan YAB. Perdana Menteri telah memaklumkan perkara ini kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat mingguannya pada hari ini.

Leave a Reply