Isu pendidikan amat dekat di hati saya. Kita hanya akan berjaya melahirkan…

By Monday December 23rd, 2013 No Comments

Isu pendidikan amat dekat di hati saya. Kita hanya akan berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang melalui sistem pendidikan yang syumul. Justeru, saya menyokong usaha pembangunan pendidikan seperti yang diolah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara kerana ia merangkumi aspek pembangunan modal insan secara inklusif, serta dapat merapatkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Saya akui, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memperkasa sistem pendidikan negara, namun saya percaya dengan kerjasama ibubapa, golongan pendidik serta pelajar sendiri, kita mampu menyediakan sistem pendidikan terbaik untuk semua.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151794039020952/

Leave a Reply