News_archive

Isu Kemudahan Infrastruktur Di Flat Pelangi Indah Dapat Perhatian Najib

By Tuesday February 21st, 2012 No Comments

KLANG, 22 Feb (Bernama) — Kira-kira 300 keluarga di Flat Pelangi Indah di sini kini boleh menarik nafas lega apabila masalah kemudahan infrastruktur daif yang membelenggu mereka sejak 12 tahun lepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafie Abdullah berkata masalah yang dihadapi penduduk berkenaan adalah perkara serius yang perlu ditangani segera.

“Saya mendapati penduduk di sini berhadapan masalah kemudahan infrastruktur yang daif seperti dewan dan surau yang tidak mempunyai kelengkapan dan ia perlu ditangani segera.

“Saya diarahkan (Perdana Menteri) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kemudahan infrastruktur serta bertemu penduduk Flat Pelangi Indah di sini Rabu.

Mohd Shafie turut membidas pakatan pembangkang Selangor yang didapati tidak mempedulikan rungutan penduduk untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di flat itu meskipun telah mentadbir negeri itu hampir empat tahun.

Sumber : Bernama

Leave a Reply