Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Isteri Perdana Menteri Pakistan Kunjungi Najib - Najib Razak
News_archive

Isteri Perdana Menteri Pakistan Kunjungi Najib

By Thursday April 16th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Pakistan, Begum Fauzia Yusuf Raza Gilani mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya Khamis.

Begum Fauzia sedang mengetuai delegasi Pakistan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kuala Lumpur yang berlangsung dari 14 hingga 17 April.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini, semasa pertemuan itu, beliau memberitahu Najib bahawa persidangan tersebut adalah sangat berhasil dan banyak memberi pengetahuan berguna kepada para peserta berhubung isu penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Sebelum pertemuan itu, Begum Fauzia turut mengunjungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang telah menghadiahkan kraf tangan tradisional Malaysia kepadanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply