Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Iskandar Malaysia tak terjejas - Najib Razak
News_archive

Iskandar Malaysia tak terjejas

By Friday May 22nd, 2009 No Comments

NUSAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Iskandar Malaysia tidak terjejas dengan kesan kemelesetan ekonomi global semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika ini, pembangunan Iskandar Malaysia tidak alami kelembapan, malah ia menepati matlamat pembangunannya.

“Saya tidak menjangka aliran masuk FDI ke Iskandar Malaysia berkurangan. Saya berasa ia mengalir ke kawasan utama pembangunan dan sudah menarik banyak minat antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) berkata, sejak dilancarkan lebih dua tahun lalu, kemasukan pelaburan sudah mencapai RM42.63 bilion dengan 30 peratus daripadanya sudah dibelanjakan.

Terdahulu, Najib meninjau pembangunan Iskandar Malaysia melalui udara dan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Irda, Harun Johari.

Di bawah Pelan Komprehensif, Iskandar Malaysia menjangkakan menerima pelaburan sehingga RM110 bilion menjelang 2025. Iskandar Malaysia seluas 2,217 kilometer itu dijangka mempunyai kepadatan penduduk sehingga 3 juta orang berbanding 1.3 juta orang pada masa ini.

Najib berkata, beliau akan terus mempelawa rakyat Singapura melabur ke Iskandar Malaysia yang sudah dikenal pasti menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negara ini.

Selain itu, Najib juga dimaklumkan Irda kini sudah menyiapkan beberapa rangka tindakan utama yang mampu merealisasikan wawasan Iskandar Malaysia sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply