News_archive

Integrasi antara wilayah selari dengan 1Malaysia

By Tuesday June 16th, 2009 No Comments

KUCHING 17 Jun – Proses integrasi antara wilayah yang merapatkan hubungan antara satu sama lain adalah selaras dengan konsep 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, integrasi yang membentuk semangat 1Malaysia dan satu impian itu amat penting untuk membangunkan negara secara keseluruhan.

”Kita perlu mempunyai perasaan yang kita rapat antara satu sama lain. Kita terdiri daripada satu negara, satu bangsa Malaysia dan mempunyai satu impian untuk masa depan yang lebih baik di bawah konsep 1 Malaysia,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Hotel Four Points By Sheraton dan Projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Mengenai kedua-dua projek itu, beliau berharap, ia akan dapat meningkatkan jumlah pelancong ke Sarawak.

”Ia menandakan bermulanya era baru dalam perjalanan udara dan hubungan sekiranya keunikan dan tarikan Sarawak dipromosikan secara besar-besaran di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berharap Hotel Four Points By Sheraton yang memiliki 420 bilik itu dan dibina dalam tempoh singkat 11 bulan mampu memenuhi keperluan penduduk tempatan dan antarabangsa.

Najib berkata, pelaburan syarikat Global Upline Sdn. Bhd. dalam dua projek berkenaan telah menyuntik motivasi kepada syarikat tempatan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan bagi penerbangan ‘One-Hop Flight’ dari Eropah berikutan kemampuan LTAK bagi pendaratan Airbus 380 dan Boeing 747.

Beliau yang menyifatkan LTAK sebagai satu kejayaan teknikal akan mampu meningkatkan industri pelancongan Sarawak terutamanya eko- pelancongan.

LTAK kini memiliki landasan tambahan sepanjang 3,780 meter yang memakan kos sebanyak RM800 juta dan dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply