Insya-Allah. Tapi Hari Raya masih lebih dua bulan lagi. Adakah rentas…

By Friday March 5th, 2021 No Comments

Insya-Allah.

Tapi Hari Raya masih lebih dua bulan lagi.

Adakah rentas negeri masih akan disekat selama dua bulan lagi dan adakah bisness-bisness berkait pelancongan dapat bertahan tanpa pendapatan selama 4 bulan (termasuk tempoh PKP2.0)?

Rekod PKP 2.0 juga bukan baik sangat.

Kita masuk PKP 2.0 dengan lebih 2,000 kes sehari.

Selepas 52 hari, kita keluar PKP 2.0 dengan lebih 2,000 kes sehari.

Jangan dibuat lagi 52 hari PKP setengah masak.

Kita tumpu untuk naikkan kadar vaksinasi.

Jika kadar keberjangkitan (R-nought) di bawah 1.0, saya cadang kita buat lock-down yang amat ketat tapi singkat untuk 5-7 hari seminggu sebelum rentas negeri dibenarkan untuk Hari Raya bagi menurunkan risiko Covid di bawa ke kampung.

Dan jika ada tanda-tanda kes Covid menaik semula selepas cuti Hari Raya, kita boleh juga buat lockdown 5 hingga 7 hari lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157742306030952/

Leave a Reply