BlogFeatured Articles

Inspirasi Perang Badar

By Friday June 9th, 2017 No Comments

Kekuatan ummah tidak kita warisi daripada nenek moyang terdahulu tetapi bergantung kepada kesepakatan yang dimiliki oleh generasi masyarakat hari ini. Kita harus mengambil contoh berkenaan satu peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika zaman Rasulullah SAW, yakni Perang Badar di mana secara terang-terang menunjukkan bahawa apabila kita bersatu, dengan pertolongan Allah SWT, kita mampu berjaya.

Secara ringkas, tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang telah berjaya menewaskan 1,000 tentera Quraisy dari Mekah, walau dalam mereka sedang menjalankan ibadah puasa. Penat, lapar dan dahaga tidak menjadi halangan. Bayangkan, betapa tingginya disiplin, kesabaran dan semangat juang tentera Islam ketika itu sehingga mereka berjaya menewaskan pasukan tentera yang jauh lebih besar daripada mereka?

Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al-Imran, mengingatkan betapa pentingnya kesabaran dan ketakwaan tentera-tentera Islam ketika Perang Badar:

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?” Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” (Surah Al-Imran, ayat 123-125)

Di bulan yang mulia ini, saya menyeru semua untuk menghayati kisah kemenangan dan inspirasi perpaduan daripada Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah dahulu.

Jadikanlah ia sebagai pedoman kerana perpaduan ummah adalah asas kekuatan umat Islam.

Ingatlah bahawa perpecahan umat Islam akibat perbezaan ideologi dan politik hanya akan merugikan umat Islam itu sendiri. Insya-Allah, kejayaan dan kemenangan akan menjadi milik kita.

Leave a Reply