Insentif potongan khas cukai kepada pemilik bangunan & ruang perniagaan bagi…

By Monday June 21st, 2021 No Comments

Insentif potongan khas cukai kepada pemilik bangunan & ruang perniagaan bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% untuk tempoh 6 bulan ini adalah satu insentif yang baik dari kerajaan PN dalam pakej PEMERKASA +.

Tapi insentif ini cuma membantu syarikat pemilik hartanah dan perniagaan.

Insentif sama wajar diberi kepada tuan rumah sewa untuk menggalakkan tuan rumah kurangkan sewa bagi kediaman persendirian secara sukarela.

Lebih-lebih lagi jika dipadan dengan moratorium pinjaman automatik bagi tuan rumah.

Di beberapa negara asing termasuk Amerika Syarikat, undang-undang sementara pernah berkuat kuasa bagi menghalang tuan rumah menghalau penyewa yang tak mampu membayar sewa dalam tempoh lockdown.

Langkah ini patut dilaksanakan di Malaysia bagi tempoh Lockdown yang tak habis-habis ini atas dasar keperikemanusiaan untuk memberi ruang kepada penyewa.

Jika dihalau keluar pun, bukan bermakna ianya mudah untuk mencari penyewa baru pada ketika ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157965188170952/

Leave a Reply