Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Insentif Lebih Baik Perlu Untuk Tarik Pelaburan Asing - Najib Razak
News_archive

Insentif Lebih Baik Perlu Untuk Tarik Pelaburan Asing

By Friday June 12th, 2009 No Comments

BINTULU, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan sedang menimbang menyediakan insentif yang lebih baik untuk menarik lebih ramai pelabur asing ke negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini, hari ini.

Katanya insentif baru ini perlu memandangkan persaingan untuk menarik pelaburan asing akan menjadi semakin sengit berikutan ekonomi dunia yang dijangka beransur pulih tahun ini.

Bercakap pada sidang akhbar selepas lawatan kerjanya ke Pelabuhan Bintulu di sini, beliau berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) akan menjadi agensi perantara untuk berbincang dengan pelabur-pelabur asing yang berminat beroperasi di Malaysia.

Katanya kesediaan pelabur luar negeri untuk menanam modal di Malaysia akan menjadi petunjuk positif peningkatan ekonomi negara selepas ekonomi dunia lembap sejak tahun lepas.

Menurutnya kelembapan ekonomi yang berlaku di negara ini dijangka semakin pulih tahun ini.

Nor Mohamed berkata perubahan positif ini sudah nampak berlaku dalam tempoh dua bulan lepas dan dijangka semakin baik berikutan langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani kegawatan yang turut berlaku di seluruh dunia sejak tahun lepas.

Katanya pelaksanaan projek dalam pakej ransangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tahun lepas merupakan antara faktor utama yang turut membantu perkembangan ekonomi dalam negara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply