Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini yang saya sudah beberapa kali mencadang. (Sejak pelan vaksinasi negara... - Najib Razak

Ini yang saya sudah beberapa kali mencadang. (Sejak pelan vaksinasi negara…

By Tuesday March 2nd, 2021 No Comments

Ini yang saya sudah beberapa kali mencadang.

(Sejak pelan vaksinasi negara bermula seminggu dahulu, anggaran 17,000 orang telah diberi dos pertama vaksin. Jika kadar ini berterusan maka tempoh masa selama 2,700 minggu atau 52 tahun akan diperlukan untuk memberi vaksin kepada 70% penduduk Malaysia)

Dalam kenyataan hari ini, presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh berkata, hospital swasta boleh mendapatkan vaksin daripada pelbagai sumber setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurut beliau, program kerajaan, yang dijangka berakhir pada Februari 2022, “mengambil masa yang lama dan tidak boleh diterima”.

“Hospital swasta boleh digerakkan dengan cepat untuk melengkapkan usaha kerajaan memastikan majoriti populasi divaksinasi dalam waktu sesingkat mungkin untuk membantu mencapai imuniti kelompok.

“Ini termasuk memanfaatkan sistem jejak-dan-kesan yang disokong kerajaan untuk membangunkan pangkalan data pemberian vaksin,” kata beliau.

“Benarkan kami beli dan beri vaksin, pinta hospital swasta kepada kerajaan”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/02/benarkan-kami-beli-dan-beri-vaksin-pinta-hospital-swasta-kepada-kerajaan/

Semasa saya memberi cadangan tersebut, saya perhati netizen ada tiga kebimbangan.

No 1. Akan ada risiko wujudnya vaksin tiruan nanti.

Saya tak percaya doktor-doktor swasta akan mengambil risiko untuk gunakan vaksin palsu atau tidak diluluskan hanya sebab nak kaut keuntungan “one-off”.

Sebab mereka akan kehilangan lesen doktor dan berhadap hukuman jenayah jika didapati bersalah. Bayangkan berapa lamanya mereka perlu untuk mendapat lesen doktor.

Lagipun, mereka bukan tak biasa dengan memastikan ubat dan vaksin yang tulen dari pembekal sah.

No 2. Melibatkan hospital/klinik swasta hanya menguntungkan orang kaya sahaja.

Sebenarnya, penerima manfaat terbesar adalah golongan miskin.

Skim vaksinasi swasta akan berjalan serentak dengan skim kerajaan – sama seperti sistem kesihatan awam dan swasta yang sudah wujud bersama sejak dari dulu lagi.

Tiada paksaan untuk suruh rakyat mendapat vaksin dari pihak swasta sebab pilihan untuk mendapatnya dari pihak kerajaan masih ada.

Tidak salah bagi mereka yang sanggup membayar untuk menerima vaksin di klink swasta atas faktor ianya terletak lebih dekat dengan rumah mereka atau mereka sudah selesa dengan doktor-doktor kebiasaan mereka.

Ini hanya akan mengosongkan tempat di pusat vaksinasi kerajaan bagi mereka yang tidak mahu atau tidak sanggup menggunakan klinik swasta supaya mereka lebih cepat untuk mendapati vaksin.

No 3. Klinik swasta tidak ada fasiliti untuk menyimpan vaksin.

Kerajaan rancang untuk menggunakan beberapa jenis jenama vaksin dan hanya vaksin dari Pfizer sahaja yang perlu disimpan dalam keadaan ulta-cold.

Vaksin jenis lain boleh disimpan sebagaimana ubat atau vaksin yang biasa digunakan klinik swasta disimpan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157735960900952/

Leave a Reply