Ini yang saya pesan pada permulaan PKP 2.0. Perlaksanaan PKP 2.0 untuk 14…

By Sunday February 7th, 2021 No Comments

Ini yang saya pesan pada permulaan PKP 2.0.

Perlaksanaan PKP 2.0 untuk 14 hari pertama mesti paling ketat dan adil pada semua supaya kita dapat memberi impak maksima untuk melawan Covid supaya PKP tidak akan dilanjut berulang kali.

Dan kerajaan perlu memberi bantuan sewajarnya kepada semua untuk menghadapi tempoh 14 hari sahaja.

Buat macam PKP pertama bulan Mac tahun lalu.

Supaya Rakyat tak rasa tidak adil apabila industri dan sektor besar diberi layanan istimewa tetapi peniaga-peniaga kecil disekat.

Ini juga disyorkan KP KKM apabila dia tanya hari ini:

“Sekiranya semua orang boleh duduk di rumah selama dua minggu, kita akan dapat menghentikan penularannya. Soalnya, mampukah kita?”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/07/kadar-kebolehjangkitan-covid-19-turun-kepada-0-94-kata-kp-kesihatan/

Tapi tidak didengar kerajaan. Akhirnya PKP 2.0 telah dilanjut dua kali.

Sekarang kita sudah pada hari ke-26 PKP 2.0 dan kerajaan tidak lagi berani untuk memperketatkan PKP sebab banyak sektor yang sudah seperti telur di hujung tanduk.

Kerajaan fikir sewa kedai dan gaji pekerja tak perlu dibayar bagi 26 hari yang tidak dibenarkan beroperasi ini ke?

Bagi kebanyakan sektor dan rakyat Malaysia, PKP 2.0 ini lagi susah berbanding PKP pertama sebab simpanan dan rizab mereka sudah habis diguna tahun lalu, bantuan kerajaan juga banyak berkurang dan kita seperti tidak lagi nampak jalan keluar dari kesempitan apabila kes Covid tetap tinggi sepanjang PKP.

Apa manfaat yang Rakyat dapat daripada tempoh 26 hari PKP 2.0 separuh masak setakat ini?

Seperti diramal saya, kerajaan terpaksa memberi lebih banyak kelonggaran.

Namun, lagi banyak kelonggaran diberi lagi dinampak kerajaan tidak adil dan tidak logik.

Dan lagi rumit untuk penguatkuasa dan roadblock kawal.

Baju hanya boleh dijual di pasar malam tapi tak boleh jual di kedai shopping mall?

Emas dan perabot boleh dijual di shopping mall tapi baju dan permainan kanak-kanak tak boleh jual di kedai bersebelahan?

Sebab apa?

Sebab Covid hanya pilih kedai baju di shopping mall untuk serang tapi tak serang gerai baju di pasar malam dan kedai emas di shopping mall?

Sejak semalam, saya baca ada menteri-menteri yang kata mereka telah mohon kelonggaran untuk ‘makan dalam restoran’ dan perniagaan sukan beroperasi dalam PKP 2.0.

Kerajaan pula dah bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan laluan hijau dengan Indonesia untuk menggalakan pelancongan pula.

Jika cadangan-cadangan ini juga dilaksanakan, saya rasa tiada lagi makna bagi PKP+darurat dilaksanakan.

Tukar balik saja ke PKPB tetapi tetap sekat rentas negeri.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157684973795952/

Leave a Reply