Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini yang ramai tengah fikir. Jika dulu kita laksanakan PKPB hampir 4 bulan... - Najib Razak

Ini yang ramai tengah fikir. Jika dulu kita laksanakan PKPB hampir 4 bulan…

By Tuesday January 26th, 2021 No Comments

Ini yang ramai tengah fikir.

Jika dulu kita laksanakan PKPB hampir 4 bulan tetapi jumlah kes baru semakin naik sepanjang tempoh itu sehingga cecah 4 angka tiap-tiap hari, bagaimana pula perlaksanaan semula PKPB selama 3 bulan akan mampu turunkan jumlah kes baru dari 4 angka ke 2 angka?

PKPB dilaksanakan bagi kebanyakan negeri sejak bulan Oktober.

Ianya terbukti gagal sebab kes baru Covid semakin naik sepanjang tempoh hampir 4 bulan itu sehingga PKP dan darurat perlu dilaksanakan pada 12 Januari.

Tapi kerajaan laksanakan PKP separuh masak di mana sektor-sektor yang merupakan penyumbang kluster dan jumlah kes Covid terbesar dibenarkan untuk terus beroperasi.

Kerajaan kata PKP ini tidak akan diperketatkan dan tidak akan dilanjutkan tetapi digantikan dengan PKPB semula yang telah terbukti gagal.

Lalu kerajaan harap perlaksanaan semula PKPB akan turunkan kes baru ke dua angka?

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.”

“PKP hingga 4 Februari, tidak akan disambung”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779877/pkp-hingga-4-februari-tidak-akan-disambung

Jika dulu kita laksanakan PKPB hampir 4 bulan tetapi jumlah kes baru semakin naik sepanjang tempoh itu sehingga cecah 4 angka tiap-tiap hari, bagaimana pula perlaksanaan semula PKPB selama 3 bulan akan mampu turunkan jumlah kes baru dari 4 angka ke 2 angka?

Mohon pencerahan.

Kenapa tak buat PKP amat ketat untuk seketika sahaja agar PKPB tidak perlu dilaksanakan berbulan-bulan lagi?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157650059565952/

Leave a Reply