Ini prestasi rejim gagalkrasi PH dari segi pelaburan dan perdagangan…

By Monday June 15th, 2020 No Comments

Ini prestasi rejim gagalkrasi PH dari segi pelaburan dan perdagangan asing.

1. Pelaburan langsung asing jatuh ke paras paling rendah sejak tahun 2018 dan hanya memulih 3% pada tahun 2019 walaupun pada masa itu negara-negara serantau mengalami kenaikan ketara.

Lagi parah ialah pemulihan pada tahun 2019 adalah hasil penjualan aset negara kepada orang asing.

“but in 2018, FDI flows dropped to USD 8.09 billion, its lowest since 2009, despite a general recovery in the rest of the region”
https://www.nordeatrade.com/en/explore-new-market/malaysia/investment#:~:text=Foreign%20investment%20in%20Malaysia%20has,of%20the%20region%20(UNCTAD%20World

2. Pertumbuhan pelaburan swasta domestik turun ke hampir sifar.

3. Pelaburan asing portfolio (aliran dana ke pasaran saham) U-turn dari aliran dana asing masuk yang besar menjadi aliran dana asing keluar yang besar.

4. Pertumbuhan eksport negara turun dari 18.9% menjadi negatif.

5. Pertumbuhan pelaburan awam domestik turun mejadi negatif.

6. Pasaran saham Malaysia turun 400 mata dari pasaran saham paling lama menaik dalam dunia (world’s longest bull-run market) dan paras paling tinggi dalam sejarah pada April 2018 sebelum PRU14 menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia selepas PRU14.

Semalam, pegawai bekas Menteri MITI balas posting saya. Dia kata tiada salah untuk pelaburan asing pada tahun 2019 untuk mengambil kira penjualan aset kerana kerajaan BN pun pernah mengambil kira pada tahun 2016.
https://www.facebook.com/liyana.marzuki.779/posts/167316344782504

Tapi bezanya ialah masa itu kita ambil kira, pelaburan asing lain cukup tinggi. Masa PH pula, bahagian paling besar pelaburan asing adalah terdiri daripada penjualan aset negara kepada orang asing.

Lalu dia masih mempertahankan pelaburan Malaysia ke luar negara (DIA) memulih sedikit pada masa PH kerana dia kata ” ini menunjukkan keupayaan syarikat Malaysia melabur ke luar negara dan bersaing di peringkat antarabangsa.”

Ye-lah tu. Seolah-olah PH yang bina kekuatan dan keupayaan syarikat Malaysia sedangkan kekuatan syarikat-syarikat Malaysia jatuh teruk masa PH dengan penurunan ketara keuntungan dan harga saham.

Eh. Ini Direct Investments Abroad. Maksudnya orang Malaysia melabur ke luar negara. Wang kita mengalir ke luar sebab orang Malaysia sendiri tak yakin untuk melabur dalam negara sendiri.

Itupun PH masih mahu puji diri?

PH gagal macam ini pun mereka masih mahu pertahankan dan puji diri?

Senang sahaja.

Jika pelaburan asing tinggi masa PH, takkan ekonomi semakin merosot, dividen semakin rendah dan pasaran saham Malaysia jatuh menjadi paling corot dalam dunia?

Kalau dah gagal jaga ekonomi, mengaku sahaja.

Jangan terus tipu Rakyat lagi.

Mengakulah macam ahli parlimen PH seorang ini, kan elok?

“Komunikasi dan pengendalian ekonomi lemah punca Pakatan jatuh, kata ahli politik”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245814



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157125093645952/

Leave a Reply