Ini posting saya 2 minggu lepas. Hari ini, KWSP umum dividen tahun 2020 di…

By Saturday February 27th, 2021 No Comments

Ini posting saya 2 minggu lepas.

Hari ini, KWSP umum dividen tahun 2020 di tengah pandemik Covid adalah 5.2% – jauh lebih tinggi berbanding dividen ASB.

KWSP kata prestasi tahun lepas telah diaelamatkan oleh pulangan amat baik dari pelaburan asing mereka tahun lepas.

P.S. Siapa yang dulu asyik kecam dan tuduh saya bodoh sebab suruh KWSP melabur di luar negara termasuk untuk “membantu” Trump bangunkan Amerika Syarikat?

Dividen KWSP tahun 2020 akan diumumkan tidak lama lagi.

Saya ramal KWSP akan umum dividen yang sama atau lebih tinggi berbanding dividen ASB sebanyak 4.25% diumumkan beberapa bulan dahulu.

Saya juga ramal KWSP akan jelaskan bahawa dividen tahun 2020 diselamatkan oleh pelaburan luar negara yang memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding pulangan domestik.

(Graf-graf sebelah kanan adalah prestasi pasaran saham Amerika Syarikat berbanding Malaysia sejak tahun 2017. Screenshot sebelah kiri pula ialah penjelasan saya pada tahun 2017)

Sebab itu, saya kongsikan semula cerita di sebalik saya dikecam ramai pada tahun 2017 apabila saya kata pada Trump bahawa kita sokong usaha dia untuk membangunkan semula Amerika.

Saya pernah jelaskan isu ini beberapa kali sejak PRU14 termasuk pada awal bulan Disember lalu.

Ini yang saya post tahun lalu:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157536308280952
—-
Geng sebelah sana yang tidak puas hati bahawa saya masih tekan isu skim i-Sinar kata Najib bodoh sebab saya pernah kata pada Presiden Trump bahawa KWSP akan melabur dalam Amerika Syarikat.

Mereka tuntut saya jelaskan kenapa saya bodoh sehingga mahu bantu Amerika Syarikat.

Ok. Mari kita tengok siapa yang bodoh.

Walaupun isu ini dipermainkan cukup hebat oleh PH masa itu kononnya Najib bodoh atau Najib jual negara, saya sebenarnya ada dua pertimbangan utama apabila saya kata begitu pada Presiden Trump masa saya melawat ke USA pada September 2017 itu.

PERTAMA: Untuk elak negara Malaysia dijadikan sasaran Presiden Trump dalam perang dagang.

Ramai yang tidak tahu bahawa pada bulan April 2017, Malaysia juga telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/13/malaysia-nafi-tuduhan-trump-tipu-perdagangan-rm221-bilion/

Malah, melawan penipuan perdagangan adalah salah satu janji dan keutamaan Trump ketika beliau berkempen untuk menjadi presiden.

Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita.

Jika tuduhan ini tidak dilenyapkan, maka Malaysia bakal menghadapi sekatan perdagangan.

Eksport negara kita ke Amerika Syarikat juga bakal dikenakan tarif yang tinggi seperti yang kini dialami oleh negara China.

Jika situasi ini berlaku maka eksport negara kepada Amerika Syarikat akan jatuh teruk.

Beratus ribu pekerjaan dan ekonomi kita akan terjejas.

Tuduhan USA itu dibuat dengan alasan bahawa perdagangan dua hala sejak tahun 1990an melihat Amerika Syarikat mengalami defisit tinggi dengan Malaysia – iaitu nilai ekspot Malaysia ke negara mereka jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat.

Akhirnya kerajaan BN masa saya PM berjaya sebab USA tak teruskan dengan dakwaan tersebut dan tidak mengambil langkah menyekat eksport Malaysia kepada mereka.

(Tapi malangnya kerajaan PH dan PN tak jaga perhubungan ini dan Malaysia akhirnya disenaraikan secara ramsi sebagai negara penipu pada Mei 2019. Akibatnya pelbagai sekatan USA dikenakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia seperti syarikat pembuat sarung tangan serta syarikat FGV dan Sime Darby sejak tahun lepas. Masa saya PM, tidak berlaku sebarang sekatan macam ini.).

KEDUA: Tabung KWSP dah lama melabur di USA sejak lebih sepuluh tahun dahulu.

Ramai juga tak sedar bahawa jumlah saiz aset KWSP adalah sangat besar berbanding saiz ekonomi tempatan.

Misalnya, jumlah nilai terkumpul (market capitalization) SEMUA syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia adalah RM1,622 bilion pada akhir bulan Oktober 2020 manakala saiz KWSP adalah RM940 bilion.

Erti kata lain, jika KWSP melabur seluruh aset mereka dalam Bursa Malaysia sama rata, KWSP akan menjadi pemegang saham terbesar dengan pegangan 58% dalam SEMUA syarikat tersenarai Malaysia.

Sudah tentu ini tidak munasabah, tidak mungkin dan tidak akan memberi pulangan yang baik bagi KWSP.

Sebab itu, KWSP perlu mencari peluang perlaburan di luar negara yang memberi pulangan yang lebih baik bagi ahli-ahli mereka.

Dan sebagai ekonomi terbesar dalam dunia, sudah tentu USA merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar bagi KWSP.

Seperti dalam carta dalam lampiran di bawah, kadar pulangan dari pelaburan asing KWSP adalah lebih tinggi berbanding pelaburan domestik secara konsisten.

Dan inilah yang sedikit-sebanyak menyelematkan kadar dividen KWSP pada tahun 2018 dan 2019 apabila PH telah jahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham jatuh menjadi paling corot dalam dunia.

Sebagai contoh, ini apa yang dikata KWSP semasa mengumumkan dividen tahun 2018:

” Walau bagaimanapun, pelaburan luar negara pada tahun 2018 bertindak sebagai penambah nilai kepada keseluruhan portfolio KWSP serta mengurangkan impak akibat ketidaktentuan yang dialami oleh beberapa pasaran sepanjang tahun tersebut.”

25 Feb 2019: https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-gives-healthy-returns-amid-tough-investment-climate

Bagi dividen KWSP tahun 2019 pula, “Dari segi lokasi geografi, pelaburan luar negara meliputi 30 peratus daripada aset keseluruhan dan menyumbang 42 peratus kepada pendapatan keseluruhan.”

“Februari 24, 2020: Kadar dividen KWSP bergantung ekonomi global”

Erti kata lain, kadar pulangan dari aset luar negara KWSP bagi tahun 2019 adalah lebih tinggi sekali lagi berbanding pulangan domestik.

Jika bukan diselamatkan oleh pelaburan luar negara, kadar dividen KWSP bagi tahun 2018 dan 2019 akan menjadi jauh lebih rendah memandangkan pasaran domestik dua tahun itu telah dijahanamkan Gagalkrasi PH.

Memandangan dua pertimbangan saya itu, adakah Najib bodoh sebab telah selamatkan ekonomi negara dari tindakan sekatan perdagangan USA dan juga memastikan ahli-ahli KWSP dapat menikmati kadar dividen yang lebih tinggi?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157729688675952/

Leave a Reply