Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini pengumuman Guan Eng ketika kerajaan DAP menganugerahkan projek terowong... - Najib Razak

Ini pengumuman Guan Eng ketika kerajaan DAP menganugerahkan projek terowong…

By Thursday August 13th, 2020 No Comments

Ini pengumuman Guan Eng ketika kerajaan DAP menganugerahkan projek terowong pada tahun 2013.

Ada dua persoalan dalam pengumuman ini yang tidak akan dapat dijawab oleh DAP. (sebab itu, mereka akan buat-buat tak nampak)

PERTAMA: Pemenang projek diumumkan Guan Eng sebagai syarikat gergasi negara China, BUCG. BUCG dikatakan amat besar dan mempunyai keupayaan kewangan dan pengalaman untuk melaksanakan projek.

Sebab itu, kerajaan DAP pilih BUCG.

Ramai pun okay kerana syarikat gergasi dipilih. Bukan syarikat kecil yang tidak berpengalaman yang mengalami kekangan kewangan.

Guan Eng kata BUCG akan berpakat dengan agent tempatan mereka dari Kuala Lumpur untuk melaksanakan projek.

Namun, apabila orang awam mula menyoal kenapa hanya “pemenang” BUCG hanya ada saham bernilai RM10,000 saham sahaja dan tiada seorang pengarah atau pengurus dalam syarikat terowong adalah dari BUCG, kerajaan DAP pun tak boleh jawab.

Syarikat BUCG juga enggan menjawab soalan wartawan jika mereka benar-benar pelabur dalam syarikat terowong tersebut.

Maka, kerajaan DAP pun membuat langkah mudah untuk singkirkan nama syarikat BUCG dari projek terowong dengan alasan kononnya satu crane pernah jatuh dari satu dari ribuan projek BUCG.

“2016: China’s BUCG removed from RM6.3b Penang mega project”
https://www.theedgemarkets.com/article/chinas-bucg-removed-rm63b-penang-mega-project

Paling pelik ialah BUCG okay je bahawa mereka kononnya ditendang keluar dari projek mega. BUCG langsung tak mengadu atau mengeluarkan apa-apa komen masa itu.

Setelah BUCG disingkirkan, yang tinggal cuma syarikat kecil (yang dalam kekangan kewangan dan kerugian masa projek diberi) yang dulunya digelar agent BUCG tetapi sekarang tidak lagi agent BUCG walaupun kekuatan dan pengalaman BUCG merupakan alasan utama kenapa kerajaan DAP memberi projek mega itu kepada syarikat BUCG.

Jika kita tidak tahu bahawa seorang akauntan gagal ada kepentingan 10% dalam projek tersebut maka ramai akan pelik kenapa anugerah projek tidak dibatalkan kerajaan DAP walaupun faktor utama kenapa syarikat itu dipilih sebagai pemenang telahpun disingkirkan.

KEDUA: Seperti dijelaskan Guan Eng masa itu, projek itu diumumkan telah diberi menggunakan kaedah PERMINTAAN UNTUK CADANGAN (Request for Proposal) dan bukan melalui tender terbuka (open tender).

Panel penilaian diketuai oleh setiausaha negeri cuma memberi syor mereka kepada EXCO kerajaan setelah mereka meneliti empat cadangan yang diterima untuk projek terowong.

Keputusan akhir untuk memilih pemenang dibuat oleh EXCO kerajaan Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng – bukan oleh panel penilaian.

Ini bukan Najib yang kata. Ini Guan Eng sendiri yang kata.

Sedar ke belum cara DAP kelentongkan Rakyat dengan menyalahgunakan nama syarikat gergasi?

“1 Mar 2013: China firm BUCG to take on RM8bil Penang road project”
https://www.malaysiakini.com/news/222669



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157281975190952/

Leave a Reply