Ini juga yang saya maksudkan dengan kita “walk the talk” bukan sekadar talk…

By Saturday May 15th, 2021 No Comments

Ini juga yang saya maksudkan dengan kita “walk the talk” bukan sekadar talk sahaja dalam posting saya pagi tadi.

Disamping kerajaan BN masa dahulu banyak memberi bantuan kepada Palestine sepanjang saya PM serta usaha kita mengelak sekatan tentera Israel untuk melawat Gaza, kita juga memperjuangkan nasib Palestine di pentas Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

Kita bukan bermodal air liur sahaja.

Pada tahun 2014, Malaysia berjaya dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) apabila meraih majoriti besar dengan mendapat 187 undi dari 192 negara anggota PBB.

“16 Oktober 2014: Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/10/12075/malaysia-dipilih-sebagai-anggota-tidak-tetap-majlis-keselamatan-pbb

Sebaik sahaja kita dipilih, Malaysia telah memula dan mengusul draf resolusi supaya PBB campur tangan dan menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel di tanah Palestin.

Kita disokong oleh negara New Zealand dan Senegal walaupun negara Mesir menarik diri pada saat terakhir.

Hasil usaha lobi kita bersama dengan semua negara dalam dunia, Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT, kita berjaya apabila UNSC meluluskan resolusi berkaitan Konflik Israel-Palestin (Resolusi 2334) yang menggesa supaya Israel hentikan segera aktiviti penempatan haram rejim itu di wilayah Palestin.

Kelulusan Resolusi diperingkat PBB ini disifatkan masa itu sebagai tamparan hebat buat Israel dan menjadi satu kemenangan besar buat Palestin sebab sebelum itu, UNSC tak pernah berani sebegitu dalam isu rampasan tanah Palestin.

“24 Disember 2016: Resolusi PBB Kemenangan Buat Palestin – Najib”
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/12/24/najib-resolusi

Soal Israel nak ikut atau ketepikan resolusi Majlis Keselamatan PBB itu isu lain sebab ini sudah di luar kawalan negara kita tapi kita telah usahakan sebaiknya yang kita mampu.

Ya, kita walk the talk. Bukan sekadar bermodal air liur sahaja.

Apa yang kerajaan demi kerajaan selepas PRU14 buat untuk membela nasib Palestin?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157890126275952/

Leave a Reply