Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini ialah video certot BERNAMA bertarikh Mac 2018 untuk Pangkalan Udara... - Najib Razak

Ini ialah video certot BERNAMA bertarikh Mac 2018 untuk Pangkalan Udara…

By Sunday December 9th, 2018 No Comments

Ini ialah video certot BERNAMA bertarikh Mac 2018 untuk Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang yang baru.

Berbanding fasiliti lamanya di Pangkalan Udara di Sungai Besi, pangkalan untuk PDRM did PGU Subang lebih luas dan besar dengan 17 buah bangunan, hangar besar dan fasiliti baru di tanah 40 ekar.

PGU baru ini juga membolehkan operasi udara PDRM berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini demi membanteras jenayah.

PGU ini sudah diserahkan kepada pihak PDRM pada 28 Februari tahun ini dan sudah beroperasi.

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB – satu dari 8 pangkalan yang lain, termasuk PU Sendayan di video tadi, di mana kos pembinaan dan kos naik taraf juga dibiayai oleh 1MDB.

Kesemua projek pemindahan, naik taraf dan pembinaaan untuk 8 pangkalan ini dianugerahkan kepada LTAT, bukan kepada kroni.

Ini usaha kerajaan BN untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Kita bukan hanya mencari resipi gulai ikan sahaja pada masa itu.

—–
Penjelasan lebih lanjut mengenai isu “jual tanah” pangkalan udara Sungai Besi ada di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155757879140952/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155758310400952/

Leave a Reply