Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini graf rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berhubung aliran... - Najib Razak

Ini graf rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berhubung aliran…

By Wednesday June 24th, 2020 No Comments

Ini graf rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berhubung aliran pelaburan asing ke Malaysia yang diterbitkan dua minggu dulu.

Ianya jelas menunjukkan pelaburan asing telah menjunam dalam tempoh Gagalkrasi kepada paras paling rendah sejak krisis ekonomi dunia tahun 2009.

(Data juga menunjukkan tahap pelaburan asing adalah tinggi dengan konsisten sepanjang tempoh saya PM (walaupun propaganda PH kata negara kita nak bankrap dan tiada orang mahu melabur di sini).

Namun, data rasmi menunjukkan sedikit kenaikan dalam pelaburan asing untuk tahun 2019 ke RM31.7 bilion berbanding RM30.7 bilion pada tahun 2018.

Kenaikan ini amat dibanggakan oleh geng PH.

Apa penjelasan DOSM pulak?

DOSM kata sebab utama pelaburan asing tahun 2019 telah meningkat sedikit ialah pelaburan asing dari Jepun khususnya dalam aktiviti kesihatan?

Jawapannya ialah penjualan syarikat IHH Berhad milik negara kepada syarikat Mitsui Jepun.

Syarikat IHH Berhad ini mula dibina apabila saya mula menjadi PM dan pengerusi Khazanah.

Kita guna tempoh 8 tahun untuk membina IHH Berhad menjadi kumpulan rangkaian hospital swasta kedua terbesar dalam dunia.

Masuk saja PH, mereka jual kepada Jepun.

Lalu mereka puji diri bahawa penjualan ini telah meningkatkan pelaburan asing dengan sedikit berbanding tahun 2018 (yang juga di bawah PH).

Jika nilai pelaburan asing yang berhasil dari penjualan aset negara tidak diambil kira, pelaburan asing untuk tahun 2019 telah menjatuh ke paras paling rendah sejak 20 tahun yang lalu.

Kita tepuk bagi PH.

DOSM: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=322&bul_id=OHErYU9wOE9XWnBja3ZGVll5YldiZz09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157150085745952/

Leave a Reply