Ini graf peratusan penduduk divaksin berbanding kes baharu Covid-19 bagi 6…

By Friday May 28th, 2021 No Comments

Ini graf peratusan penduduk divaksin berbanding kes baharu Covid-19 bagi 6 buah negara (termasuk negara) untuk tempoh masa yang sama.

Vaksin amat penting dan merupakan satu-satunya jalan sahaja untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok dan bebas Covid.

Vaksin juga amat penting sebab mereka yang terjangkit walaupun selesai divaksin tidak akan mengalami gejala yang lebih serius berbanding mereka yang belum divaksin.

Slogan “lindung diri, lindung sendiri” adalah amat tepat sekali.

Bagaiamanapun seperti kelihatan dalam graf-graf ini, peratusan penduduk divaksin yang lebih tinggi pada kadar 50% tidak bermakna kes baharu Covid akan turun mendadak dengan serta-merta seperti dilihat di beberapa negara barat.

Malah, ada negara yang catat kes baharu lebih tinggi walaupun jumlah divaksin sudah agak tinggi pada kadar 50% penduduk sudah diberi vaksin – terutamanya di negara-negara yang gunakan pelbagai jenama vaksin seperti Malaysia berbanding negara-negara barat yang hanya gunakan vaksin dari satu atau dua jenis jenama tertentu.

Pada ketika ini, jumlah peratus penduduk Malaysia divaksin agak rendah sekitar 4% tetapi kadar vaksinasi negara sudah naik dengan ketara ke 75,215 dos sehari sejak dua minggu lepas iaitu satu perkembangan yang bagus.

Jikapun negara kita capai sasaran kadar vaksinasi tertinggi pada 160,000 dos sehari, ianya akan mengambil masa 6 bulan lagi untuk mencapai paras sekitar 50 peratus penduduk selesai divaksin.

160,000 X 6 bulan X 30 bulan = 28.8 juta dos atau 14.4 juta penduduk selesai diberi dua dos vaksin.

Jadi, mesej utama saya nak sampaikan kepada pemerintah ialah jangan bergantung pada vaksin sahaja sekiranya matlamat ialah untuk meredakan keadaan Covid di Malaysia dalam masa singkat sebab ianya mungkin memerlukan tempoh masa yang masih agak panjang sebelum keadaan Covid menunjukkan trend penurunan yang ketara.

Jadi, program vaksinasi negara masih perlu dipadankan dengan langkah-langkah drastik lain seperti full lockdown seketika untuk memberi ruang nafas kepada sistem kesihatan dan front-liners kita yang sudah amat kritikal ketika ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157916290265952/

Leave a Reply