Ini dah tahun 2021 namun cerita “ini semua salah Najib” masih laku. Setelah…

By Wednesday January 6th, 2021 No Comments

Ini dah tahun 2021 namun cerita “ini semua salah Najib” masih laku.

Setelah keputusan mesyuarat perwakilan seluruh UMNO untuk menolak kerjasama dengan PPBM, saya tengok page pro-PN Otai buat puluhan posting tentang saya serta propaganda-propaganda yang tersebar melalui whatsapp yang tuduh saya adalah dalang untuk menolak PPBM serta kerjasama dalam kerajaan PN.

Kononnya saya buat begitu sebab saya mahu kes mahkamah saya digugurkan.

Kenapa pula saya adalah dalang sedangkan keputusan menolak kerjasama dengan PPBM ini adalah keputusan hampir semua bahagian-bahagian UMNO?

Adakah Najib masih begitu berpengaruh untuk mengarahkan hampir semua perwakilan dalam semua bahagian UMNO?

Dah lebih 2 1/2 tahun, saya bukan lagi presiden UMNO atau BN. Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun saya bukan.

Ramai juga yang lupa bahawa semasa kerajaan PH tumbang dan peguam negara telah tukar, saya telah berikrar untuk teruskan kes-kes mahkamah saya yang dikenakan ke atas saya oleh peguam negara (yang juga merupakan peguam Guan Eng) lantikan Gagalkrasi PH dan Mahathir pada masa hampir kesemua kes-kes melibatkan pemimpin PH telah digugurkan.

Walaupun mereka boleh tukar hakim setelah kes saya berjalan dan telah dakwa saya dengan macam-macam alasan termasuk hukuman penjara 12 tahun ke atas saya kerana saya sedekahkan RM42 juta kepada rakyat, saya tetap percaya bahawa nama saya akhirnya akan dibersihkan melalui sistem perundangan yang telus biarpun ia mungkin mengambil masa yang lama.

Sebab itu, saya tidak pernah tulis surat representasi kepada peguam negara untuk minta kes saya digugurkan.

Cuba fikir kenapa saya tidak mahu menjadi seperti Guan Eng yang kesnya telah digugurkan setelah perbicaraan bermula.

Jika kes saya ditarik balik maka saya akan kehilangan peluang agar nama saya dibersihkan sepenuhnya.

Dan keraguan ke atas saya akan terus menghantui saya seumur hidup jika kes ditarik balik begitu sahaja.

Sebab itu saya tidak mahu jadi seperti Guan Eng.

Sebab saya percaya saya telah buat terbaik bagi negara dan Rakyat sepanjang tempoh saya PM.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157603067775952/

Leave a Reply