Ini contoh seorang pemimpin PH yang langsung tak faham situasi sebenar. Tak…

By Monday April 27th, 2020 No Comments

Ini contoh seorang pemimpin PH yang langsung tak faham situasi sebenar.

Tak faham dari mana bot pelarian berasal dan tak faham kenapa mereka nak lari dari sana ke Malaysia

Tak faham perbezaan situasi kini amat berbeza dengan situasi dahulu.

Tak faham apa implikasi jangka panjang kepada negara serta kepada nasib ribuan Rohingya yang bakal bertarung nyawa untuk lari dari kem pelarian UNHCR Cox Bazar ke Malaysia.

Langsung tak faham apa-apa.

Cuma mahu cari peluang untuk kecam saya dengan parti PAS.

Bacalah apa yang saya tulis tadi sebelum berbunyi.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156977340760952

Tahukah dia bahawa apabila bot pelarian meninggalkan kem perlindungan UNHCR Cox bazar di Bangladesh, kerajaan sana tidak akan membenarkan mereka pulang?

https://www.aljazeera.com/news/2020/04/rohingya-stranded-sea-bangladesh-responsibility-200425082607464.html

Tahukah Lid bahawa ada juga bot yang karam sebaik sahaja mereka meninggalkan Cox Bazar untuk tuju ke Malaysia?

Tak sempat keluar dari perairan negara Bangladesh pun dah karam sehingga ramai yang terkorban.

“An overcrowded boat carrying about 138 Rohingya refugees from Bangladeshi camps has sunk in the Bay of Bengal, leaving at least 15 confirmed dead and more than 50 still missing, Bangladeshi officials said. The passengers were enticed by traffickers to board the boat from various points as it headed for Malaysia, he said.”

11 Feb 2020: Rohingya refugees die after boat capsizes off Bangladesh
https://www.theguardian.com/world/2020/feb/11/rohingya-refugees-die-missing-after-boat-capsizes-off-bangladesh

Lid masih mahu hantar isyarat kepada mereka di sana bahawa Malaysia akan menerima semua bot bagi menggalakkan mereka meninggalkan kem UNHCR yang lebih selamat untuk bertarung nyawa?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156977506135952/

Leave a Reply