Ini cerita bulan Oktober apabila saya mula suarakan hasrat Rakyat yang…

By Thursday January 7th, 2021 No Comments

Ini cerita bulan Oktober apabila saya mula suarakan hasrat Rakyat yang tertekan untuk mengeluarkan wang dari akaun 1 KWSP.

Saya balas jawapan PM8 dan CEO KWSP yang kata ianya sukar untuk kerajaan membenarkan pengeluaran dari KWSP.

Saya kata sukar tak bermaksud mustahil dan ada caranya. Saya juga jelaskan cara bagaimana ianya boleh dilakukan tanpa kesan besar kepada KWSP dan sektor kewangan.

Akhirnya tuntutan saya dan UMNO berhasil.

Yang sukar menjadi realiti. Jutaan Rakyat terdesak menerima manfaat.

Semalam, KWSP umum mereka telah luluskan 2.5 juta daripada 3.88 juta permohonan di bawah kategori 1 i-Sinar.

Ini bermaksud 1.38 juta lagi Rakyat kecewa.

Sepatutnya, kategori 1 KWSP adalah tidak bersyarat dan kelulusannya ialah automatik.

Jadi, kenapa pula jutaan permohonan telah ditolak KWSP?

Jika begitu banyak permohonan kategori 1 yang dikatakan kelulusan automatik telah ditolak, apakah nasib bagi permohonan di bawah kategori 2 yang bersyarat serta memerlukan bukti-bukti dokumen untuk disemak KWSP?

Kenapa masih tegas nak letakkan syarat untuk menyusahkan dan mengecewakan jutaan rakyat?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157605575865952/

Leave a Reply