Ini bottom line: Pemerintah perlu sedar bahawa tempoh Rakyat dikurung sejak…

By Sunday June 20th, 2021 No Comments

Ini bottom line:

Pemerintah perlu sedar bahawa tempoh Rakyat dikurung sejak PKP 3.0 seluruh negara dilaksana pada 12 Mei akan sekurang-kurangnya 113 hari (3 bulan 21 hari) sekiranya syarat-syarat untuk beralih ke Fasa 3 tercapai pada 1 September 2021.

Syaratnya:
– kes harian kurang dari 2,000 sehari bagi tempoh 7 hari berturut.
– 40% penduduk selesai diberi dua dos vaksin.

Sebab itu, kadar pemberian dos vaksin perlu pada purata 265,667 dos tiap-tiap hari dalam tempoh 75 hari sehingga 1 September untuk mencapai sasaran 40% penduduk ini – tak kira apa-apa alasan hari cuti, hari Sabtu ataupun bekalan vaksin tak cukup.

Jika tak berjaya maka kebanyakan Rakyat biasa dari sektor bukan essential tidak boleh mencari rezeki.

Aktiviti keagamaan dan sosial juga tak boleh bersambung.

Ini hakikatnya sedangkan banyak negara lain sudah pulih atau semakin pulih.

Saya percaya kebanyakan Rakyat biasa tidak akan terima sebarang alasan sekiranya perlu berkurung lebih dari 113 hari sedangkan PKP 1.0 tahun lepas cuma 45 hari.

(Kelantan lagi lama sebab PKP 3.0 sana start 16 April dan bukan 12 Mei)

Itupun belum ambil kira tempoh 51 hari berkurung yang sudah tersia-sia pada tempoh PKP 2.0 separuh masak yang amat gagal cuma beberapa bulan dahulu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157963431800952/

Leave a Reply