Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini berita dalam tempoh 1 minggu lalu. Antara sebab saya lebih cenderung... - Najib Razak

Ini berita dalam tempoh 1 minggu lalu. Antara sebab saya lebih cenderung…

By Sunday January 31st, 2021 No Comments

Ini berita dalam tempoh 1 minggu lalu.

Antara sebab saya lebih cenderung dengan pendekatan bahawa PKP 2.0 mestilah dibuat betul dan perlu paling tegas untuk memberi impak maksima kepada pengawalan Covid dan bukan dengan PKP separuh masak ialah kesannya pada anak-anak sekolah.

Dalam tempoh 1 minggu yang lalu sahaja, sekolah-sekolah seluruh negara ditutup satu persatu apabila kes positif Covid dikesan.

Sekejap buka, sekejap tutup balik sebab anak murid atau staff dijangkit Covid.

Jika sekolah buka pun, ibubapa akan terfikir nak hantar anak ke sekolah ke tidak sebab penularan Covid tetap tinggi.

Pendidikan satu generasi murid-murid sudah terganggu hampir setahun.

Adakah kita nak tunggu 18 bulan lagi sebelum vaksin selesai diberi kepada 70% warga Malaysia sebelum mereka boleh rasa selamat untuk hadir ke sekolah?

Followers page FB saya tahu bahawa saya dari awal sudah saran tangguh pembukaan sesi sekolah tahun ini dibuka hanya selepas cuti tahun baru Cina setelah kita jalankan PKP yang amat ketat secara all-out untuk 2 minggu.

Tapi kini kita sudah membazir 18 hari dengan PKP setengah masak.

Kes Covid tak turun tapi pecah rekod setiap hari.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157666517225952/

Leave a Reply