Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini adalah video dari Lembaga Jurutera Malaysia awal tahun ini sebelum... - Najib Razak

Ini adalah video dari Lembaga Jurutera Malaysia awal tahun ini sebelum…

By Monday December 10th, 2018 No Comments

Ini adalah video dari Lembaga Jurutera Malaysia awal tahun ini sebelum PRU14.

HSR sudah diputuskan untuk ditangguh selama dua tahun. Itu pun kita tak tahu sama ada akan diteruskan atau tidak. Jika benar diteruskan, sudah tentu tak dapat memulakan operasi pada 2026 sebagaimana direncanakan sebelum PRU14. Tengok reka-bentuk yang kita cadang untuk stesen-stesen HSR ini.

Manakala ECRL pula telah dihentikan walaupun pada tahap pembinaan 20%.

Penang Sentral sudah mula beroperasi bulan lepas.

Taman Tema Fox di Genting juga mengalami masalah. Bulan lalu, Fox telah tamatkan perjanjian mereka dengan Genting walaupun pembinaan taman itu sudah hampir siap.

Sebelum PRU 14, PH menuduh projek Melaka Gateway ialah bukti saya sudah jual negara kepada China dan projek ini tidak diperlukan kerana Malaysia sudah ada banyak pelabuhan. Bersungguh-sungguh mereka laungkan ayat yang sama sebelum PRU14. Berkerut-kerut wajah mereka, menyebar fitnah itu.

Pelik tapi benar, bulan Ogos lalu, Ketua Menteri PH Melaka berkata bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan Kuala Linggi (yang juga pelaburan dari negara China) amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Saya pelik mengapa projek yang dibuat semasa saya menjadi Perdana Menteri ialah “jual negara” tetapi bila dibuat sekarang, ianya tiba-tiba menjadi projek penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Begitu juga dengan projek Forest City di mana MB Johor dari PH berkata ia projek yang banyak menyumbang kepada ekonomi dan hasil Johor. Forest City juga diteruskan oleh kerajaan PH.

Bagaimanapun, laporan media berkata projek Melaka Gateway yang juga pada tahap pembinaan yang tinggi sudah tertangguh akibat polisi kerajaan negeri yang tak menentu.

Projek Pan Borneo Highway tertangguh atau dilambatkan oleh kerajaan PH pada masa ini.

Biarpun telah dilambatkan tetapi saya harap projek ini akan diteruskan kerana amat penting untuk Sabah dan Sarawak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155759695415952/

Leave a Reply