Individu-individu dalam gambar kedua yang saya letak di ruang komen post ini…

By Tuesday April 21st, 2020 No Comments

Individu-individu dalam gambar kedua yang saya letak di ruang komen post ini pernah berulang-kali tuduh saya jual negara apabila kerajaan BN jual sebahagian projek Bandar Malaysia.

Lalu, saya batalkan projek itu untuk negara bangunkan sendiri supaya boleh untung lebih besar – sehingga RM94 bilion seperti ditulis oleh editor Kinibiz ini.
https://www.malaysiakini.com/columns/504309

Lalu, selepas depa menang dan jadi kerajaan. Mereka hidupkan semula perjanjian penjualan yang saya batalkan itu dan kini dorang kata ini adalah projek yang amat bagus dan strategik untuk negara.

Projek yang sama dijual kepada pembeli yang sama dengan peratusan yang sama dan harga yang sama di mana mereka pernah tuduh ianya jual negara.

Tapi bawah mereka pulak menjadi projek yang amat bagus untuk negara.

Paling kelakar ialah tanpa sebarang perasaan bersalah, PM ke-7 kata dia tersilap kira sebelum PRU14 semasa dia tuduh saya jual negara.

Selepas PRU14, dia kata dia baru sedar bahawa projek ini sebenarnya bukan jual negara tetapi dijual kepada Rakyat serta kerajaan sendiri dan projek ini amat bagus untuk negara.

#FitnahSudahMenang



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156955306465952/

Leave a Reply