Iini posting saya pada 12 Mei – iaitu 17 hari dahulu, hari pertama PKP 3.0…

By Saturday May 29th, 2021 No Comments

Iini posting saya pada 12 Mei – iaitu 17 hari dahulu, hari pertama PKP 3.0 seluruh negara.

Petunjuk bahawa PKP 3.0 akan gagal segagalnya sebenarnya sudah jelas di depan mata. Cuma ada yang tak nampak atau tak mahu nampak.

Hari ini terbukti.

Posting ini ada 5,300 komen dan kalau kita perhatikan, ramai netizens juga berpendapat bahawa PKP 3.0 bakal gagal.

Lucu juga membaca komen-komen JKOM yang kecam saya masa itu.

“Apa yang Najib mahu?”

“Jangan kacau kerajaan”

“Jangan hasut Rakyat”

“Jangan nak jadi hero”

“Hanya Najib yang betul. Semua orang salah”.

Tidak. Najib bukan mahu jadi hero atau hasut tetapi saya tidak mahu seluruh Rakyat membazir wang, membazir masa dan terdedah kepada risiko Covid sehingga nyawa terkorban hanya untuk buat sesuatu yang sudah pasti akan gagal.

Adakah niat itu pun salah?

Hari ini hari pertama PKP 3.0 seluruh negara.

12 Mei hingga 7 Jun, kata depa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157918429820952/

Leave a Reply