i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. Semalam, KWSP umum keuntungan bagi suku 1…

By Thursday June 10th, 2021 No Comments

i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

Semalam, KWSP umum keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion.

Jumlah aset terkumpul KWSP juga diumumkan telah jatuh sedikit ke RM982 bilion pada akhir suku 1 2021 dari RM998 billion pada akhir tahun 2020 tapi masih lebih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.

Penurunan RM16 bilion (atau 1.6%) dari RM998 bilion ini adalah akibat pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.

6.49 juta ahli mengeluarkan purata RM8,937 melalui i-Sinar manakala 5.27 juta ahli ambil purata RM3,947 dari skim i-Lestari.

Memandangkan:
1. Jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi;

2. Pengeluaran melalui i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 sebelum ini cuma membawa kepada penurunan 1.6% daripada jumlah aset KWSP;

3. Kesan dari “Total Locdown” sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak;

Maka saya saran kerajaan PN untuk laksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 sebelum ini untuk tempoh 3 bulan.

Jika dulu, impak i-Sinar/i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar/i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion – atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP terkini.

Biarlah Rakyat uruskan sebahagian dari duit sendiri pada tempoh “Total” Lockdown ini sebab keadaan apa yang lebih parah berbanding Lockdown selepas menhadapi 5 bulan PKP 2.0 dan PKP 3.0?

Jika bukan sekarang, maka bila?

Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.

Cuma tengok kerajaan nak buat ke tidak.

Total Lockdown yang amat ketat sepatutnya dibuat awal-awal lagi semasa Rakyat mula mendapat duit i-Sinar 1.0.

Akibat kegagalan kerajaan yang buat PKP demi PKP separuh masak yang berpanjangan maka apa yang dikeluarkan pada masa i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.

PKP separuh masak ini bukan salah Rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.

Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

Usah risau sangat.

Kerajaan BN masa saya PM berjaya naikkan berganda jumlah aset KWSP dari RM300 bilion ke RM850 bilion dari tahun 2009 ke 2017 dengan memberi kelebihan kepada projek-projek KWSP.

Sebab itu, kerajaan BN pada masa depan mampu naikkan semula simpanan Rakyat yang berkurang dalam masa kritikal pandemik ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157942678230952/

Leave a Reply