i-Lestari tamat bulan Mac, permohonan i-Sinar tutup 30 Jun. Kebanyakan…

By Sunday May 9th, 2021 No Comments

i-Lestari tamat bulan Mac, permohonan i-Sinar tutup 30 Jun.

Kebanyakan moratorium pinjaman bersasar juga akan tamat bulan depan.

Ramai yang dapat fasa 1 BPR 2021 tiba-tiba tak layak untuk bayaran fasa 2 pula.

Simpanan dan rizab Rakyat semakin kehabisan setelah menghadapi PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Tapi PKP 3.0 datang lagi macam Tora.

Cuma dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.

Siap dengan arahan larang rentas daerah dan negeri bagi satu Malaysia.

Wang dibelanja untuk persiapan dan perbelanjaan Raya tiba-tiba terhangus sebab terpercaya dengan jaminan kerajaan untuk tak buat lagi PKP.

Nak korek tabung tapi teringat pula tabung dah pecah PKP lepas.

Jadi, Rakyat nak hadap PKP 3.0 dengan apa?

Dengan i-pengsan, i-pening atau i-marah?

#rinduzamanperutusankhas



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157877707130952/

Leave a Reply