Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hubungan Perdagangan Malaysia Dengan Britain Tambah Lebih Mantap - Najib - Najib Razak
News_archive

Hubungan Perdagangan Malaysia Dengan Britain Tambah Lebih Mantap – Najib

By Sunday April 15th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin hubungan perdagangan Malaysia dengan Britain akan bertambah lebih kukuh selepas kedua-dua negara itu mengulangi komitmen masing-masing minggu ini.

“Sejak Syarikat Hindia Timur membuka pangkalan pertama di rantau ini iaitu di Pulau Pinang lebih 200 tahun lalu, hubungan perdagangan Malaysia dengan United Kingdom (UK) adalah kukuh – dan saya yakin ia bertambah lebih kukuh selepas mengulangi komitmen kami minggu ini,” kata Najib dalam entri terbarunya berjudul ‘Strengthening our ties to Britain’ dalam laman blog www.1Malaysia.com.my pada Sabtu.

Perdana Menteri Britain David Cameron melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia pada Khamis lalu atas jemputan Najib.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama ke sini sejak menjadi Perdana Menteri Britain pada Mei 2010.

Najib berkata kedua-dua Malaysia dan Britain harus meraikan hubungan bersejarah ini sama ada besar atau kecil dan menjalinkannya semula.

“Secara ekonomi, budaya, politik, hubungan dua hala kami bukan sahaja melepasi ujian masa tetapi ia turut berkembang sejak waktu ayah saya (perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein) sehingga ke hari ini, selepas lebih 50 tahun kemudian.

“Sekiranya Britain dan Malaysia bersatu dengan nilai masing-masing, kita sama-sama bersatu dalam komitmen bagi menambah kemakmuran, meningkatkan taraf hidup dan membina ekonomi yang terbuka dan luar,” katanya.

Mengenai lawatan Cameron, Najib berkata beliau gembira untuk menghoskan Perdana Menteri Britain pertama ke Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun.

“Lawatan itu susulan lawatan rasmi saya ke UK pada musim panas lalu yang mana kami membincangkan cara untuk mengeratkan lagi kerjasama dalam menemuhi cabaran dan peluang bersama,” katanya.

Najib juga melahirkan rasa gembiranya melawat University Nottingham kampus Malaysia yang beliau berucap di samping Cameron pada acara dialog Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Najib berkata Cameron gembira untuk melawat kampus itu sebagai ‘alma mater’ nya dan berucap menyokong GMM khusus dengan kehadiran ramai pelajar antarabangsa di kampus itu.

“Cameron bercakap mengenai liberalisme bertenaga – dan saya setuju dengan beliau bahawa kesederhanaan bukan sama seperti pengecut!

“Kesederhanaan adalah bagi kita semua… Islam, Kristian, Yahudi dan ateis bagi menunjukkan sifat kekuatan dan menggunakkan perpaduan dan kekuatan kami bagi mengalahkan sikap tidak bertoleransi serta menumpu jalan ke arah kesederhanaan,” katanya.

Najib berkata haluan bersama kedua-dua negara yang mana di Malaysia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digantikan dengan kebebasan sivil baru dan di UK menandakan akhirnya dekad konflik dan persengketaan di Ireland Utara.

“Inilah nilai-nilai bersama kami – nilai, yang perlu dinyatakan, yang terjalin dalam sistem pendidikan Britain bertaraf dunia,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply