Hotline i-Sinar Pemuda UMNO beroperasi sehingga minggu depanHOTLINE i-SINAR…

By Monday February 15th, 2021 No Comments

Hotline i-Sinar Pemuda UMNO beroperasi sehingga minggu depan

HOTLINE i-SINAR PEMUDA UMNO TETAP BEROPERASI SEHINGGA MINGGU HADAPAN

Walaupun YBM Menteri Kewangan telah mengumumkan minggu lepas bahawa Kerajaan akhirnya telah bersetuju untuk memansuhkan semua syarat dan kriteria bagi pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar, kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan tetap memantau aspek perlaksanaannya.

Justeru dua talian yang dibuka sejak penghujung November lepas sebagaimana tertera dalam poster, akan terus dibuka sehingga minggu hadapan.

Sebarang isu dan kesulitan yang masih dialami boleh dikongsikan dengan kami. InsyaAllah kami akan terus memantau bagi pihak rakyat agar perlaksanaan i-Sinar sebagaimana yang dijanjikan Kerajaan minggu lalu benar-benar memenuhi harapan semua.

Boleh juga terus berkongsi maklum balas di ruangan komen di sini. Kami ada pasukan khas meneliti setiap komen untuk diangkat suara semua ke pihak berwajib.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

15 Februari 2021

#PemudaJurubicaraRakyat
#TradisiMembelaRakyat



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157703982675952/

Leave a Reply