BlogFeatured Articles

Hormati Kaum Wanita

By Saturday July 8th, 2017 No Comments

Saya kesal dengan peristiwa imej poster gadis iklan syarikat minyak yang menjadi tular baru-baru ini. Tindakan mereka yang terlibat, membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita. Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.

Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat. Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?

Saya harap masyarakat kita kembali berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk kita terus hidup bersama secara aman dan damai. Islam juga mengajar kita untuk untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di https://www.najibrazak.com/bm/blog/kehebatan-tokoh-tokoh-wanita-dalam-sejarah-islam/ .

Leave a Reply