News_archive

Hindu Sangam Teruja Dengan Kehadiran Perdana Menteri

By Wednesday October 26th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Anggota persatuan Malaysia Hindu Sangam teruja dengan kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima undangan ke majlis sambutan Deepavali anjuran persatuan itu di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Presiden Hindu Sangam R. S. Mohan Shan berkata majlis yang buat pertama kalinya disambut bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor itu disifatkan sebagai sejarah bagi persatuan itu.

“Rumah terbuka kami pada tahun ini amat bermakna di atas kehadiran Perdana Menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) dan sekaligus menjadi sejarah buat kami,” katanya dalam ucapan meraikan kehadiran Perdana Menteri dan isteri.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Najib meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan kira-kira 4,000 tetamu yang mengunjungi rumah terbuka itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply