News_archive

Himpunan Julung Kali ‘Anak Pekan Bersama PM’ Di PWTC Pada 18 Dis

By Wednesday November 16th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Kira-kira 10,000 anak kelahiran Pekan, Pahang dijangka menyertai perhimpunan ‘Anak Pekan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak’ di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 18 Dis depan.

Perhimpunan julung kali anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 penubuhan Kawan yang dinaungi Najib, kata Presiden Kawan Mohd Rosdi Alizah.

“Kita akan menghimpunkan seberapa ramai anak Pekan dari pelbagai kaum dan keturunan dalam pertemuan kekeluargaan terbesar itu yang menggunakan slogan ‘Kawan Satu Malaysia, Klorge Kawan Besor’,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Mereka yang berminat menyertai perhimpunan itu boleh menghubungi urusetia di talian 09-422 2701 (Pejabat)/ 017-920 7571 (Khairun Najmi), 011-294 7128 (Samhari) atau melalui SMS dengan menaip DEMO>jarak>jarak

Sumber : Bernama

Leave a Reply