BlogFeatured Articles

Hijau Kuala Lumpur

By Saturday September 2nd, 2017 No Comments

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek bagi mengubah lanskap dan kesalinghubungan terutamanya di Kuala Lumpur. Selepas projek River of Life dan pelancaran Kolam Biru baru-baru ini yang mendapat sambutan hangat warga kota, suka juga saya kongsikan sedikit info mengenai satu lagi projek pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan alam.

Projek Taman Tugu akan memulihara sebanyak 800 pokok, di mana dari jumlah itu 150 mempunyai diameter berukuran lebih 1 meter, bermakna pokok-pokok ini telah berusia lebih 100 tahun. Malah, kita juga akan menambah lebih 4,000 pokok hutan hujan etnik Malaysia, dan kawasan seluas 66 ekar ini juga akan dipindah milik kepada badan amanah awam yang dikenali sebagai Amanah Warisan Negara.

Tambahan kepada itu, Kerajaan juga telah mengenal pasti tapak berkeluasan 25 ekar berdekatan dengan Taman Tugu yang akan menjadikan sebahagian daripada Amanah Warisan Negara, di mana ia akan kekal ruang hijau awam untuk selama-lamanya.

Leave a Reply