Hibah Tabung Haji tahun 2020 diumum sebanyak 3.10% – iaitu sedikit kenaikan…

By Tuesday March 2nd, 2021 No Comments

Hibah Tabung Haji tahun 2020 diumum sebanyak 3.10% – iaitu sedikit kenaikan berbanding 3.05% tahun lepas.

Namun tahun lepas, TH banyak menjimat sebab tidak perlu memberi subsidi menunaikan Haji dalam pandemik Cvoid.

Seperti yang saya pernah ramalkan pada permulaan tahun 2019 masa PH bahawa Hibah Tabung Haji tidak akan tinggi lagi seperti masa BN pada tahun-tahun mendatang.

Ini berikutan peimimpin PH serta CEO lantikan PH asyik mengeluakan kenyataan bahawa tugas TH hanya untuk kerja mengendalikan jemaah Umrah menunaikan ibadah Haji kali pertama dan TH tidak perlu untuk berniaga atau melabur lagi..

Ini bermakna TH sudah jual kebanyakan pegangan saham mereka dan telah memindahkan dana dan hasil jualan ke dalam aset simpanan tetap dengan pulangan yang tetap.

Maka Hibah TH untuk tahun-tahun mendatang akan konsisten pada tahap 3% setiap tahun sebab pulangan dari aset simpanan tetap cuma antara 4% hingga 5%.

Selepas tolak kos pengurusan dan kos subsidi haji, maka hibah akan konsisten pada tahap 3%.

Tidak tinggi lagi dan tidak rendah lagi.

Ini terbukti apabila Hibah TH diumum sebanyak 3.05% bagi tahun 2019 dan 3.10% bagi tahun 2020.

Sebab itu pada tahun 2019, saya pernah beberapa kali suruh kerajaan PH dan TH untuk berterus-terang dengan pendeposit.

“Jangan malu nak telus dengan Ummah.

Jika bukan lagi peranan TH untuk memperkasakan ekonomi Ummah seperti antara visi utama TH, institusi kerajaan PH yang mana lagi akan memikul tanggungjawab ini?

Tabung Harapan?”

9 April 2019: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156000316240952

Melainkan kerajaan PN pulih halatuju dan matlamat asal Tabung Haji, zaman Hibah dan bonus TH antara 7% ke 9% pada masa BN saya PM sudah berlalu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157736192470952/

Leave a Reply